Friday, 24 October 2014

 Anakku

Wahai
anak-anakku yang dikasihi
bangunlah, bangunlah
dari tidurmu dan lenamu

Wahai
anak-anakku yang disayangi
sedarlah, sedarlah
dari lekamu dan lalaimu

Wahai
anak-anakku yang ditatangi
sedarlah bahawa
pada abad ke-21 ini
betapa pentingnya pendidikan
untuk memajukan dirimu

Wahai
anak-anakku yang disanjungi
belajarlah rajin-rajin
usahalah bersungguh-sungguh

Demi
untuk mengharungi
masa depan yang penuh
dengan cabaran
dan liku-liku kehidupan
yang tidak menentu

Kerana sesungguhnya
tanpa pendidikan yang sempurna
dan mencukupi
kehidupanmu
akan menjadi lebih sukar

oleh Puan Hajah Lily Bu bte Abdullah

No comments:

Post a Comment